ZAIDI NAWAWI

Hadirmu bak sinar cahaya, kelam disuluh menjadi nyata,menerangi hidup ke lorong mulia.. cemerlang dunia gemilang disana!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.


Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.

Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.

Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

Khalid Samad - anggota Parlimen Shah Alam

aku nak panjat tapi tinggi

yang ni pon tenang cakap nak panjat..
leh ajak naik ke jambatan gantung tu...
aku tak takut langsung...jomlah
cuma aku cakap
skru jambatan tu longgar
heheh.. tak takut
tenang punya kerja..sanggup tidor atas tanah nak amik snap gambar ni
gklcc.. petronas mmg kaya. duit diorang kan..



aku dan solehin
fudhail dan tenang
jadi serigala jadian semalam
heheh..

tadelah
kami pegi kl
jalan2
makan angin
masuk angin
hehe

macam2 la.
saja ja sahur
cari mamak kl
kenyang..samapi pukul 430 macamtu kami caww

boring2.. amik mood buat esaimen hehehe

mengada2 di awal ramadhan lalu, aku gatal tangan nak beli hp.
aku pusing satu alor setar cari hp. last sekali dapat sebijik. Nokia 3120 classic jer... tapi best woo.. keypad bapak besar terbentang luas.. best giler.. maklumlah jari kingkong.

pastu, bila sampai kat kl, aku pusing kajang lak cari hp kedua. pakai 2 bijik hp layan sikit. malas la layan dual sim. cepat rosak.. hehe.. roomate aku contoh terbaik pengguna dual sim phone yanbg hancuss.. hehe' henpon kedua aku model nokia 6085

ok saje share. Bg aku hp murah seken hen pon tak pe janji keypad besor



nokia 6085 dengan jari kingkong
besarnya keypad kan? model flip lagi...
model nokia,.. 3120 classic

model ni best la.. aku tiru hp sorang tu.. saje meniru...
ngeh3.... tapi aku dah masuk getah cover warna itam... jaga hnpon. cover ori.


Jangan Lupa Daftar sebagai pemilih. Boleh undi. Mari Mengundi. Jika tiada jari bagai mana mari mengundi. hehe..

merepek =P

ok.. aku baru je daftar. Kat pejabat pos alamanda putrajaya. Free je rupanya.

SPR dah terima belum pendaftaran aku tu xpasti ag... harap2 dah..
boleh cek kat sini www.spr.gov.my

ok. aku kena kawasan Alor Setar lah... kalau boleh nak ke permatang pauh ke.. heheh,,, poyo... tapi takpe... aku tetap pengundi. Satu Undi Untuk Satu Malaysia. hehe.. Hidup BN.

amek hang.. hehe.. masuk2 pintu sekolah trus jadi mangsa relief... hehehe.. lawak je.. best pe relief kelas...
akibat bilik kami diserang murid2 darjah 6 yg ada program.. kami terpaksa lari ke kantin. bukan makan.. kami buat esaimen.. hhehe.. yer ke? macam ym je ..
hakikat sebuah PBS.. hehehe... bilik aircond di bulan puasa
Solehin dok observe kat belakang.. malas nak jadi cikgu.. nak naik BPG trus nampak gayanya tu..


1 hb 9 hgga 4 hb 9 aku pbs dengan pie, leh, fahizan, dan poyie
best la jugak... huhu.. tapi pbs bulan puasa ni kena tahan la sikit..

sampai2 trus jadi bidan terjun. hehe,.. tak sempat apa2 GPK1 dah suruh relif kelas. semua kena rilif. hehehe.. best gak. kena pulak darjah satu.. goreng habis2an lah..

pastu, hari pertama tu jugak kena datang prgram motivasi sampai ke malam. huhu.. sabar.. seronok dgr motivasi sekolah rendah. hehe UPSR. gudluck adik2 darjah 6 yer.. 9 hb 9 2009.. Studi3..

macam biasa jugak ari jumaat kena handle bacaan yasin lah.. huhu...


Ok. Sem depan dah nak praktikum. aku try gak la handle kelas. hehe... macam tak pandai jer...
kikiki..apapon bak kata ckgu matzin aritu, "tak pe, lama2 kamu akan pandai sendiri.." aku ingat kata2 dia ni... Okies..